
Marc Sangat Letih Selepas Perlumbaan
Marc Marquez mengakui mengalami keletihan fizikal yang luar biasa selepas mengharungi Sprint Race dan perlumbaan utama QatarGP 2026 di Litar Lusail. Pelumba Ducati itu mendedahkan bahawa tubuhnya semakin sukar menanggung tekanan fizikal perlumbaan, dengan faktor usia 33 tahun turut menjadi perkara yang tidak boleh diketepikan.
Marc turut menjelaskan bahawa kadar denyutan jantungnya mencecah 190 BPM pada penghujung perlumbaan. Menurutnya, kali terakhir dia mencatatkan bacaan setinggi itu adalah lebih 10 tahun lalu. Jadual perlumbaan yang padat serta sejarah kecederaan turut menjadi cabaran kepada keadaan fizikalnya ketika ini.
Bagaimanapun, dari sudut mental, Marc menegaskan bahawa dia berada pada tahap terbaik. Malah, dia merasakan kekuatan mentalnya lebih baik berbanding sebelum ini. Ini menunjukkan keinginan untuk terus bersaing dan memburu kemenangan masih kuat, walaupun tubuhnya mula menunjukkan kesan daripada tuntutan perlumbaan MotoGP yang semakin mencabar.