iCAUR Perluas Rangkaian Kepada 28 Pusat Di Seluruh Negara

KUALA LUMPUR, 11 November 2026 – iCAUR Malaysia terus memperkukuh kehadirannya dalam pasaran automotif tempatan menerusi pembukaan enam pusat jualan, servis dan alat ganti (3S dan 4S) baharu di Wilayah Tengah, Johor dan Sarawak.

Pembukaan itu menjadikan jumlah keseluruhan rangkaian pusat iCAUR di Malaysia sebanyak 28 lokasi, sekali gus memberikan akses lebih mudah kepada pelanggan untuk mengenali rangkaian SUV elektrik jenama berkenaan serta mendapatkan sokongan selepas jualan.

Enam pusat baharu tersebut dikendalikan oleh rakan pengedar tempatan seperti berikut:

PusatRakan pengedarZon
iCAUR KL NorthModa Garage Sdn BhdTengah
iCAUR Setia AlamCBHT Motozoom Sdn BhdTengah
iCAUR RawangAutoraya Utara Sdn BhdTengah
iCAUR KluangMHG Garage Sdn BhdSelatan
iCAUR MiriMP Advanced Automotive Sdn BhdSarawak
iCAUR KuchingGhee Hwa Motorpol Sdn BhdSarawak

Lebih daripada sekadar bilik pameran, pusat 3S dan 4S baharu ini turut mengetengahkan konsep Born to Play yang menjadi identiti iCAUR, dengan menggabungkan elemen automotif dan gaya hidup dalam satu ruang.

Antara kemudahan yang disediakan termasuk ruang santai pelanggan dengan konsol permainan video dan sajian ringan, ruang khas untuk pengubahsuaian kenderaan, perkhidmatan balutan badan kenderaan (car wrapping) serta paparan aksesori perkhemahan. Kemudahan ini memberi inspirasi kepada pemilik untuk menyesuaikan SUV mereka mengikut cita rasa dan gaya hidup masing-masing.

Pada masa sama, setiap pusat menawarkan kemudahan jualan dan perkhidmatan selepas jualan di bawah satu bumbung. Pelanggan boleh melihat rangkaian model iCAUR, menjalani pandu uji serta mendapatkan khidmat servis, penyelenggaraan dan alat ganti.

Menariknya, pusat iCAUR Rawang beroperasi sebagai pusat 4S yang turut menyediakan kemudahan baik pulih badan kenderaan dan pengecatan, sekali gus menawarkan penyelesaian selepas jualan yang lebih menyeluruh kepada pelanggan.

Pengarah Kanan iCAUR Malaysia, Francis Chin, berkata peluasan rangkaian tersebut mencerminkan komitmen syarikat untuk terus berkembang seiring peningkatan jumlah pelanggan, selain menghargai kepercayaan yang diberikan kepada jenama berkenaan.

“Bagi kami, peluasan rangkaian ini bukan sekadar menambah bilangan bilik pameran. Apa yang lebih penting ialah memastikan pelanggan di seluruh Malaysia yakin bahawa iCAUR sentiasa bersedia memberikan sokongan dan perkhidmatan yang mereka perlukan sepanjang tempoh pemilikan kenderaan.

“Perkembangan pesat rangkaian kami juga tidak mungkin dicapai tanpa kepercayaan dan sokongan rakyat Malaysia, dan kami amat menghargainya. Seiring dengan meningkatnya jumlah pelanggan, kami akan terus memperluas kehadiran iCAUR ke lebih banyak lokasi.

“Kami mahu berada dekat dengan pelanggan dan membalas kesetiaan mereka dengan menyediakan akses yang lebih mudah kepada kemudahan jualan serta perkhidmatan selepas jualan,” katanya.

Pembukaan enam pusat baharu ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan iCAUR untuk membangunkan rangkaian jualan dan perkhidmatan yang lebih menyeluruh, selain memastikan pelanggan menikmati pengalaman pemilikan yang berkualiti dan selari dengan konsep Born to Play.

Dalam perkembangan berkaitan, pelanggan yang mengunjungi bilik pameran sah iCAUR sehingga 30 November 2026 berpeluang menyertai aktiviti pandu uji dan memenangi hadiah bernilai sehingga RM11,000.

Selain itu, acara hujung minggu khas pada 14 dan 15 November 2026 turut menawarkan aktiviti pandu uji serta jamuan ringan kepada pengunjung.

Untuk maklumat lanjut dan mencari lokasi bilik pameran berhampiran, layari laman sesawang rasmi iCAUR di www.icaur.com.my. Tertakluk pada terma dan syarat.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives