Rekod Baru Dalam Dunia MotoGP Daripada Bezzecchi

Wandi

Marco Bezzecchi mencipta satu pencapaian istimewa dalam sejarah MotoGP apabila kemenangan di QatarGP 2026 menjadi kemenangan Grand Prix ke-12 dalam kariernya. Lebih menarik, kesemua 12 kemenangan tersebut dicatatkan di 12 litar berbeza tanpa sebarang kemenangan berulang di litar yang sama.

Pelumba Aprilia Racing itu kini menjadi pelumba pertama dalam sejarah kelas premier yang memenangi 12 perlumbaan pertamanya di 12 litar berbeza. Pencapaian ini sekali gus memecahkan rekod legenda Amerika Syarikat, Freddie Spencer, yang sebelum ini memegang rekod 11 kemenangan di 11 litar berbeza.

Rekod Spencer dibina antara tahun 1982 hingga 1984 ketika beliau bersaing dalam kelas 500cc. Musim 1983 menjadi tahun paling cemerlang buat Spencer apabila beliau merangkul kejuaraan dunia 500cc dengan enam kemenangan perlumbaan. Beliau akhirnya mengumpul 11 kemenangan di 11 litar berbeza sebelum mencatat kemenangan kedua di litar Le Mans pada 1984.

Bagi Bezzecchi pula, perjalanan mencipta rekod ini bermula dengan kemenangan di Argentina pada 2023 ketika bersama VR46 Racing Team. Beliau kemudian menambah kemenangan di Perancis dan India pada musim yang sama.

Selepas musim 2024 tanpa kemenangan, Bezzecchi kembali ke podium tertinggi menerusi kemenangan di Britain, Portugal dan Valencia pada 2025. Musim 2026 menyaksikan beliau menambah enam lagi kemenangan menerusi Thailand, Brazil, Amerika Syarikat, Itali, Indonesia dan Qatar.

Menariknya, dua pusingan terakhir musim ini akan berlangsung di Portimao dan Valencia, iaitu dua litar yang sudah pernah dimenanginya pada 2025. Ini bermakna Bezzecchi berpeluang mencatat kemenangan ke-13 di litar yang pernah dimenanginya sebelum ini, sekali gus menamatkan rentetan unik tersebut.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives