Dari Litar F1 ke San Siro, Kimi Antonelli Terima Penghormatan Azzuri

Kimi

Kejayaan Kimi Antonelli di pentas Formula 1 bukan sahaja mendapat perhatian peminat sukan permotoran malah turut menerima pengiktirafan daripada dunia bola sepak Itali apabila beliau diberikan penghormatan istimewa oleh pasukan kebangsaan negara itu, Azzurri.

Menerusi perkongsian di akaun rasmi Azzurri, Antonelli menerima sehelai jersi khas pasukan kebangsaan Itali yang disampaikan oleh Giovanni Malagò, Pesuruhjaya Luar Biasa Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC).

Apa yang menarik perhatian, jersi berkenaan tertera nama ‘AKA’ bersama nombor 12, iaitu nombor perlumbaan yang sinonim dengan pelumba muda Mercedes-AMG PETRONAS itu dalam saingan Formula 1.

Pemberian jersi tersebut dilihat sebagai tanda penghargaan terhadap pencapaian membanggakan Antonelli yang berjaya mengharumkan nama Itali menerusi kejayaannya dalam arena permotoran dunia.

Dalam perkembangan sama, kunjungan Antonelli turut diserikan dengan kemenangan pasukan kebangsaan Itali ke atas Perancis menerusi keputusan 3-1.

Francesco Pio Esposito muncul antara watak utama apabila meledak dua gol, manakala Davide Frattesi turut mencatatkan nama sebagai penjaring untuk melengkapkan kemenangan bergaya Azzurri.

Pengiktirafan tersebut pastinya menjadi satu momen istimewa buat Antonelli yang kini bukan sahaja menjadi kebanggaan peminat Formula 1 malah turut mendapat tempat dalam kalangan penyokong sukan Itali secara keseluruhannya.

Teruskan Bersama Four Wheels..!

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives