
KTM mempamerkan prestasi cukup memberangsangkan pada hari pertama MalaysianGP apabila tiga pelumbanya berjaya menempah tiket automatik ke sesi Q2 selepas menamatkan sesi Practice dalam kelompok 10 terbaik.
Pedro Acosta menjadi pelumba KTM terbaik apabila menduduki tempat keempat. Kejayaan itu turut disusuli dua pelumba pasukan Tech3, Enea Bastianini di tempat ketujuh dan Maverick Vinales di kedudukan kelapan.
Bagaimanapun, Brad Binder masih perlu bekerja keras untuk memperbaiki prestasinya selepas menamatkan sesi Practice di tempat ke-18. Pelumba Afrika Selatan itu perlu melalui Q1 terlebih dahulu bagi merebut peluang untuk mara ke Q2.
Dengan tiga pelumba sudah berada dalam Q2, KTM kini mempunyai peluang lebih besar untuk mencabar kedudukan petak hadapan pada sesi kelayakan MalaysianGP.