
Fabio Di Giannantonio menegaskan bahawa tumpuannya ketika ini adalah untuk memburu kedudukan ketiga keseluruhan Kejuaraan Dunia MotoGP 2026. Pelumba VR46 Racing Team itu mahu memberikan sepenuh perhatian kepada prestasinya sendiri tanpa terlalu memikirkan kepentingan pelumba lain.
Dengan berbaki perlumbaan dalam kalendar musim ini, Di Giannantonio masih mempunyai peluang untuk mencabar Marco Bezzecchi yang kini menduduki tempat ketiga keseluruhan. Bagaimanapun, beliau perlu mengejar jurang 63 mata yang memisahkan mereka sebelum bermulanya MalaysianGP.
Pendirian Di Giannantonio juga cukup jelas apabila beliau menyatakan bahawa fokusnya adalah kepada dirinya sendiri. Beliau tidak mahu terlibat dalam sebarang perbincangan mengenai aturan pasukan atau kemungkinan perlu mengutamakan kepentingan pelumba lain.
Baginya, peluang untuk menamatkan musim di kedudukan ketiga adalah sasaran yang mahu diperjuangkan selagi masih ada ruang untuk mencapainya. Beliau mahu mengutip mata sebanyak mungkin menerusi keputusan sendiri di atas litar.
Pendirian ini menjadikan persaingan merebut P3 keseluruhan semakin menarik, terutama apabila Di Giannantonio masih mempunyai motivasi tersendiri untuk menutup musim 2026 dengan pencapaian terbaik dalam karier MotoGPnya.