
Senna Agius bakal mencipta sejarah tersendiri apabila pelumba Australia itu membuat penampilan sulung dalam kelas premier MotoGP pada musim 2027 bersama pasukan Red Bull KTM Tech3.
Agius menjadi graduan ketiga Idemitsu Asia Talent Cup (ATC) yang berjaya melangkah ke kelas premier selepas Somkiat Chantra dari Thailand dan Ai Ogura dari Jepun terlebih dahulu membuat penampilan sulung MotoGP pada musim 2025.
Laluan Agius ke MotoGP membuktikan bahawa program pembangunan bakat muda ini mampu membuka peluang kepada pelumba untuk mengembangkan karier ke peringkat antarabangsa. Beliau pernah menyertai ATC sebelum meneruskan perjalanan ke saingan JuniorGP dan Kejuaraan Eropah Moto2.
Musim 2027 juga bakal menjadi permulaan era teknikal baharu MotoGP dengan penggunaan jentera berkapasiti 850cc. Agius akan bergandingan dengan Luca Marini ketika Tech3 memulakan fasa baharu bersama KTM.
Kejayaan Agius turut memperlihatkan kepentingan program pembangunan bakat seperti Asia Talent Cup dalam menyediakan laluan kepada pelumba muda untuk bersaing di pentas tertinggi perlumbaan motosikal dunia.