
Formula E: Dan Ticktum Sertai Fortescue Zero Racing untuk Musim 2026/2027
Dan Ticktum bakal membuka lembaran baharu dalam karier Formula E apabila menyertai Fortescue Zero Racing bagi menghadapi musim 2026/27. Pelumba Britain berusia 27 tahun itu akan bergandingan dengan pelumba muda Taylor Barnard bagi memperkukuh barisan pelumba pasukan berkenaan menjelang era GEN4. Nama Ticktum bukanlah asing dalam kalangan peminat Formula E.




