TNT Sports Sah Tidak Akan Ke Qatar

Wandi

TNT Sports mengesahkan tidak akan menghantar pasukan penyiaran mereka ke Qatar bagi membuat liputan secara langsung untuk perlumbaan MotoGP minggu ini.

Sebaliknya, keseluruhan liputan akan dikendalikan dari studio mereka di United Kingdom tanpa kehadiran kru di Litar Antarabangsa Lusail.

Keputusan tersebut turut mendapat pujian daripada Alex Marquez yang menyifatkan tindakan TNT Sports sebagai satu keputusan bijak. Alex menyampaikan pandangan tersebut ketika ditemu bual oleh wakil penyiar berkenaan selepas perlumbaan di Malaysia.

Situasi ini memperlihatkan bahawa kebimbangan terhadap keselamatan di rantau Timur Tengah bukan sahaja melibatkan pelumba dan pasukan, malah turut mempengaruhi organisasi media antarabangsa.

Bagaimanapun, TNT Sports tetap akan meneruskan siaran perlumbaan seperti biasa menerusi liputan dari studio mereka di United Kingdom.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives