Naqib Rifqi Raih ‘Double Podium’ di Buriram, Thailand

Mohd Osman

Pelumba Honda Racing Malaysia, Naqib Rifqi mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya meraih dua podium dalam saingan Honda Thailand Talent Cup di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, pada 16 hingga 18 Oktober lalu.

Naqib mempamerkan prestasi konsisten apabila menamatkan Perlumbaan 1 pada kedudukan kedua pada Sabtu sebelum mengulangi pencapaian sama dalam Perlumbaan 2 pada Ahad, sekali gus membawa pulang dua podium buat Malaysia. Apa yang membuatkan podium ini lebih manis, Naqib berjaya meraih kedudukan tersebut yang bermula daripada petak ke 10.

Mengulas pencapaiannya sepanjang minggu perlumbaan, Naqib mengakui berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan, terutama selepas memulakan perlumbaan dari kedudukan kesembilan dan berjaya bersaing dalam kelompok hadapan.

Beliau berkata, dirinya amat berpuas hati dengan pencapaian minggu ini selepas memulakan perlumbaan dari kedudukan kesembilan sebelum berjaya bersaing dalam kelompok hadapan.

“Sepanjang perlumbaan, situasi agak mencabar dengan rentak perlumbaan lebih laju berbanding Race 1 pada hari Sabtu.

“Pelumba-pelumba lain turut memberikan saingan yang cukup sengit sehingga ada ketika saya terputus daripada kumpulan hadapan. Namun, saya sempat kembali bersaing sebelum menamatkan perlumbaan di tempat kedua sekali lagi,” katanya.

Kejayaan meraih dua podium ini menjadi petanda positif buat Naqib Rifqi dalam usahanya mengharumkan nama Malaysia di pentas perlumbaan pembangunan bakat muda serantau.

Teruskan Bersama TW Media!

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives