Kimi selangkah menjadi raja F1 2026.

Kimi

Kimi Antonelli berpeluang mencipta sejarah dengan dinobatkan sebagai juara dunia Formula 1 (F1) 2026 sekiranya berjaya memenuhi beberapa syarat penting dalam perebutan kejuaraan musim ini.

Pemandu muda Mercedes-AMG Petronas itu perlu mengatasi George Russell dengan kelebihan 23 mata, Lewis Hamilton sebanyak 14 mata atau Max Verstappen dengan 6 mata bagi membuka laluan kejuaraan.

Selain itu, Antonelli juga perlu memastikan Lando Norris tidak meraih lebih daripada 15 mata.Situasi ini meletakkan Antonelli dalam kedudukan menarik untuk memburu gelaran dunia, sekali gus berpotensi mencipta sejarah sebagai antara juara dunia termuda dalam sejarah F1.

Namun, segala-galanya bergantung pada keputusan perlumbaan dan kutipan mata para pencabar terdekatnya. Setiap mata bakal menjadi penentu dalam perebutan gelaran yang semakin mendebarkan.

Teruskan Bersama Four Wheels..!

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives