Format Baru MotoGP 2027, Ini Antara Perubahan Besar

Wandi

Kejohanan MotoGP bakal melalui satu lagi perubahan besar pada musim 2027 apabila format hujung minggu perlumbaan diperbaharui dengan pengenalan sesi kelayakan khas untuk perlumbaan Sprint. Perubahan ini akan mewujudkan dua grid permulaan berbeza bagi perlumbaan Sprint dan Grand Prix pada setiap pusingan.

Bermula hari Jumaat, pelumba akan menjalani sesi latihan bebas pertama selama 45 minit, diikuti sesi kedua selama 30 minit. Hari pertama kemudian ditutup dengan sesi kelayakan Sprint selama 15 minit yang akan menentukan kedudukan grid bagi perlumbaan Sprint pada hari Sabtu.

Pada hari Sabtu, pelumba akan menjalani sesi latihan bebas ketiga selama 20 minit sebelum memasuki sesi kelayakan Grand Prix. Semua pelumba perlu melalui Q1, manakala 12 pelumba terpantas akan mara ke Q2 untuk menentukan kedudukan utama di grid perlumbaan Grand Prix.

Satu lagi perubahan penting ialah pemansuhan sesi Warm Up MotoGP pada pagi Ahad. Sebagai gantinya, pit lane akan dibuka selama 10 minit sebelum perlumbaan Grand Prix bagi membolehkan pelumba melakukan beberapa pusingan pemeriksaan terakhir sebelum memulakan perlumbaan.

Format baharu ini diperkenalkan seiring dengan era teknikal baharu MotoGP pada 2027, termasuk penggunaan enjin 850cc. Dengan perubahan tersebut, musim 2027 bukan sahaja membawa cabaran baharu dari sudut teknikal, malah mengubah strategi pasukan dan pelumba dalam menguruskan keseluruhan hujung minggu perlumbaan.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives