Kategori Skuter Kembali ke Cub Prix, Kelas Open Diperkenalkan untuk 2027.

Mohd Osman

Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix bakal menyaksikan kemunculan semula kategori perlumbaan skuter pada musim 2027 menerusi pengenalan Perlumbaan Skuter Kelas Terbuka (Open Scooter Race) yang dijangka memberikan warna berbeza kepada saingan perlumbaan motosikal tempatan.

Untuk rekod, Cub Prix pernah memperkenalkan perlumbaan skuter pada musim 2021 menerusi format One Make Race yang menggunakan jentera Yamaha NVX. Bagaimanapun, pengenalan semula kategori ini untuk musim 2027 hadir dengan pendekatan berbeza apabila ia dibuka kepada pelbagai jenama dan model motosikal automatik.

Kategori baharu yang dibawakan oleh Safe Aim Mutual Sdn. Bhd. itu akan mempertandingkan motosikal automatik tanpa gear dengan kapasiti enjin antara 140cc hingga 185cc. Ini membuka peluang kepada pelbagai model skuter daripada pengeluar berbeza untuk bersaing dalam satu grid perlumbaan.

Antara jenama yang berpotensi menghiasi grid termasuk Yamaha, Honda, Suzuki dan Modenas, selain model-model skuter keluaran pengeluar dari China dan Eropah.

Menariknya, perlumbaan ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelumba untuk mengembangkan kemahiran, malah membuka ruang kepada pasukan, mekanik dan jurutera untuk meneroka aspek prestasi, ketahanan serta talaan jentera automatik dalam persekitaran perlumbaan kompetitif.

Bagaimanapun, peraturan teknikal bagi kategori Open Scooter Race ini masih belum dimuktamadkan. Pihak penganjur akan mengumpulkan maklum balas daripada pihak yang berminat sebelum mengadakan sesi perbincangan bagi menetapkan regulasi dan format perlumbaan yang bersesuaian.

Sehubungan itu, pasukan, pelumba atau pihak yang berminat boleh mengisi borang pendaftaran minat menerusi pautan berikut:

Pendaftaran Minat Open Scooter Race 2027:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeb79X443biesA_uPHeX06X-P_EE0ANgos2-_7VAuIWisU8Og/viewform?usp=publish-editor

Read more: Kategori Skuter Kembali ke Cub Prix, Kelas Open Diperkenalkan untuk 2027.

Pihak penganjur seterusnya akan menghubungi mereka yang mendaftar untuk mengadakan sesi perbincangan berkaitan pembentukan peraturan teknikal dan format perlumbaan.

Maklumat lanjut mengenai syarat penyertaan, peraturan teknikal serta kalendar perlumbaan akan diumumkan kelak menjelang musim 2027.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives