Tiga Juara Pimpin Cabaran Malaysia ke TGR Asia Esport GT Championship 2026

SHAH ALAM, 10 NOVEMBER 2026 – Malaysia bakal mempertaruhkan tiga pelumba simulator terbaik negara dalam usaha memburu gelaran individu dan berpasukan pada TGR Asia Esport GT Championship 2026 yang berlangsung di Jiospace, Petaling Jaya pada 14 dan 15 November ini.

Kejohanan anjuran Toyota Motor Asia (TMA) itu bakal menghimpunkan pelumba simulator dari lima negara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina. Kesemua peserta akan berentap menggunakan platform Gran Turismo 7 menerusi Sony PlayStation bagi merebut gelaran juara individu dan berpasukan.

Cabaran Malaysia kali ini diketuai Taj Izrin Aiman Taj Madira, Nabil Azlan dan Ethen Low yang hadir dengan pencapaian membanggakan dalam arena e-motorsport.

Taj Izrin Aiman menjadi sandaran utama negara selepas muncul juara TGR Asia 2024, selain memenangi pingat emas Sukan Asia dan meraih gelaran juara TGR Malaysia eRacing sebanyak empat kali. Kejohanan kali ini juga bakal menjadi penampilan ketujuhnya bersama pasukan Malaysia di pentas serantau tersebut.

Menurut pelumba berusia 27 tahun itu, kejayaan meraih pingat emas Sukan Asia menjadi suntikan keyakinan menjelang saingan kali ini. Bagaimanapun, beliau tetap menyedari cabaran besar daripada pelumba terbaik Asia Tenggara yang turut memburu gelaran sama.

Sasaran utamanya adalah untuk kembali merampas kejuaraan individu yang pernah dimenangi pada 2024, selain membantu Malaysia meraih gelaran keseluruhan berpasukan.

Turut memperkuatkan cabaran negara ialah Nabil Azlan yang hadir dengan momentum positif selepas meraih pingat emas pada Asia Pacific Motorsports Championship. Pelumba berusia 24 tahun itu juga merupakan juara TGR Malaysia eRacing

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives