GROW Design Tembusi Pasaran Indonesia, Lantik PT TCD Asia Pacific Sebagai Pengedar Rasmi

GROW Design secara rasmi melebarkan sayap ke Indonesia menerusi pelantikan PT TCD Asia Pacific Indonesia sebagai rakan pengedar bagi produk talaan dan aerodinamik jenama tersebut di pasaran berkenaan.

Perjanjian pengedaran dan penjualan itu dimeterai pada 30 Oktober 2026 menerusi kerjasama antara GROW International, pengedar global produk GROW Design, dan PT TCD Asia Pacific Indonesia.

Majlis menandatangani perjanjian disempurnakan oleh Masahiro Sasaki, Pengerusi GROW International merangkap pengasas GROW Design, bersama Hiroyuki Mishima, Presiden Pengarah PT TCD Asia Pacific Indonesia.

Turut menyaksikan majlis tersebut ialah Simon Loh, Pengarah Urusan GROW International, dan Peggy Gozali, Pengarah PT TCD Asia Pacific Indonesia.

Majlis berkenaan turut dihadiri Kenzo Nishiwaki, Presiden Toyota Customizing & Development Co. Ltd (TCD Japan), serta Hiromu Ishizawa, Presiden TCD ASIA.

Sepanjang lawatan ke Indonesia, pihak GROW International dan TCD turut mengadakan pertemuan bersama Hiroyuki ‘Heru’ Oide, Pengarah Pemasaran Toyota-Astra Motor (TAM).

GROW Design Fokus Gaya Elegan dan Prestasi Sebenar

Untuk makluman, GROW Design merupakan jenama khusus dalam bidang talaan automotif dan komponen kenderaan yang mengetengahkan rekaan luaran elegan, ringkas serta matang.

Falsafah reka bentuknya memberi penekanan kepada peningkatan aspek aerodinamik asal kenderaan tanpa menghilangkan identiti dan penampilan standard sesebuah model, khususnya kenderaan berprestasi.

Produk GROW Design diedarkan secara eksklusif di seluruh dunia oleh GROW International, sebuah usaha sama antara Wing Hin Motorsports dan GROW Japan yang beribu pejabat di Malaysia.

Sebelum memasuki pasaran Indonesia, Hong Kong dan Malaysia menjadi dua negara terawal yang dilantik sebagai pengedar GROW Design di luar Jepun, masing-masing pada September dan Oktober 2026.

Dalam masa sama, perbincangan turut dijalankan bagi melantik pengedar di beberapa rantau lain di seluruh dunia.

GROW International juga dijadualkan menawarkan rangkaian penuh produknya menerusi saluran pengedar rasmi Toyota di Jepun.

Rangkaian Produk GROW Design

Menggabungkan elemen bentuk dan fungsi, GROW Design tidak hanya memberi tumpuan kepada aspek penampilan atau peningkatan prestasi secara langsung.

Sebaliknya, jenama ini mengutamakan pengoptimuman prestasi sebenar yang melengkapi keaslian serta tujuan asal pembangunan sesebuah model kenderaan.

Antara produk yang ditawarkan termasuk:

  • Kit badan aerodinamik dan komponen luaran.
  • Komponen gentian karbon.
  • Spoiler dan sayap belakang.
  • Diffuser dan skirt sisi.
  • Overfender.
  • Sistem suspensi.
  • Sistem ekzos.
  • Kerusi prestasi dan komponen dalaman.

Dengan kemasukan ke Indonesia, GROW Design kini meneruskan strategi pengembangan antarabangsa bagi memperkukuh kehadiran jenama tersebut dalam pasaran komponen talaan dan aksesori automotif global.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan rangkaian GROW Design, layari laman sesawang rasmi www.grow-international.my.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives