Jeremy Alcoba Kekal Di WSSP

Wandi

Jeremy Alcoba Sah Ganti Tempat Albert Arenas

Jeremy Alcoba bakal menggalas tugas baharu bersama pasukan AS BLU CRU Racing Team bagi Kejuaraan Dunia Supersport (WorldSSP) musim 2027 apabila disahkan mengambil alih tempat Albert Arenas yang akan meninggalkan kategori tersebut untuk beralih ke WorldSBK.

Pelumba Sepanyol berusia 24 tahun itu bukan nama asing dalam perlumbaan Grand Prix. Alcoba pernah beraksi selama dua musim dalam Moto3 sebelum meneruskan karier selama tiga musim dalam Moto2. Dia kemudian beralih ke WorldSSP pada 2025 bersama Kawasaki WorldSSP Team.

Sepanjang dua musim bersama Kawasaki, Alcoba menunjukkan perkembangan yang cukup baik. Selepas menamatkan musim debut di kedudukan kelapan keseluruhan pada 2025, dia berjaya memperbaiki pencapaian dengan menduduki tempat ketiga kejuaraan 2026, termasuk mencatat empat kemenangan perlumbaan.

Perpindahan ke AS BLU CRU Racing Team menyaksikan Alcoba bakal menggunakan jentera Yamaha R9 untuk musim ketiganya dalam WorldSSP. Dia akan mengambil alih tempat Arenas yang berjaya menghadiahkan kejuaraan dunia kepada Yamaha pada musim 2026 dalam penampilan sulungnya di kategori tersebut.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives