Bezzecchi Tidak Salahkan Marc Dan Tak Ambil Hati

Wandi

📸 Marco Bezzecchi

Marco Bezzecchi tidak menyimpan rasa marah terhadap Marc Marquez susulan insiden perlanggaran yang berlaku antara mereka ketika perlumbaan sprint MotoGP. Bezzecchi menjelaskan bahawa dia sendiri mengambil laluan lebih dalam ketika cuba memintas Marc dari bahagian dalam selekoh pertama.

Marc pula menjelaskan bahawa dia hanya mengambil laluan seperti kebiasaannya dan langsung tidak menyedari kehadiran Bezzecchi di bahagian dalam. Menurutnya, keadaan berlaku begitu pantas sehingga dia tiba-tiba mendapati mereka sudah hampir berlanggar.

Bezzecchi bagaimanapun tidak menyalahkan Marc atas kejadian tersebut. Dia memilih untuk tidak memanjangkan isu itu dan menganggap insiden seperti ini sebagai sebahagian daripada persaingan di atas litar.

Perlanggaran tersebut menyebabkan Bezzecchi terjatuh dan gagal meneruskan perlumbaan sprint.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives