DiGia Tegur Marc Tapi Kelihatan Tidak Berasas

Wandi

📸 MotoGP

Insiden pertembungan antara Marc Marquez dan Marco Bezzecchi dalam perlumbaan Sprint MotoGP mencetuskan perbezaan pandangan apabila Fabio Di Giannantonio menegur Marc supaya lebih berhati-hati dan melihat ke bahagian dalam selekoh sebelum menutup ruang kepada pelumba lain.

Teguran tersebut dibuat susulan insiden yang menyaksikan Bezzecchi terjatuh ketika cuba memintas Marc dari bahagian dalam. Pelumba Aprilia itu gagal meneruskan perlumbaan dan terpaksa kembali ke pit.

Marc bagaimanapun mempertahankan tindakannya dengan menjelaskan bahawa dia tidak melakukan sebarang gerakan luar biasa. Menurutnya, laluan yang digunakan itu merupakan racing line yang dikekalkan sejak awal perlumbaan. Malah, Marc berpandangan Bezzecchi sendiri yang menutup ruang laluannya dari bahagian dalam.

Rakaman video insiden tersebut turut memperlihatkan bahawa racing line Marc bukan sesuatu yang luar biasa, malah turut digunakan oleh pelumba lain termasuk Di Giannantonio sendiri.

Dalam insiden berkenaan, Bezzecchi cuba mengambil laluan lebih ke dalam untuk melakukan pintasan, namun gagal meletakkan jenteranya di hadapan Marc sebelum tiba di apex. Keadaan itu menyebabkan kedua-dua pelumba bertembung dan Bezzecchi akhirnya terjatuh.

Pihak pengurusan perlumbaan turut meneliti insiden tersebut dan memutuskan bahawa tiada kesalahan dilakukan oleh Marc. Dia tidak dianggap sebagai punca kepada kemalangan itu, sekali gus menjelaskan mengapa tiada sebarang penalti dikenakan terhadap pelumba Ducati tersebut.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives