Danieh Dan Veda Sentiasa ‘Melekat’

Wandi

Persaingan dua pelumba muda kebanggaan Asia Tenggara, Hakim Danish dan Veda Pratama, terus mencuri perhatian pada saingan Moto3 QatarGP apabila kedua-duanya sekali lagi mencatat keputusan yang cukup rapat dalam sesi Practice.

Hakim Danish menamatkan sesi di kedudukan keempat dengan catatan masa 2:05.108 saat, manakala Veda Pratama berada di tempat kelima dengan perbezaan hanya 0.061 saat. Menariknya, dalam sesi FP1 sebelum itu, kedua-duanya juga dipisahkan dengan jurang lebih kecil iaitu 0.017 saat.

Konsistensi keputusan yang hampir seimbang ini memperlihatkan persaingan menarik antara wakil Malaysia dan Indonesia tersebut. Selepas aksi kompetitif di Sepang, Danish dan Veda sekali lagi membuktikan mereka mampu bersaing rapat di pentas Moto3 dunia.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives