
Pengurus pasukan Ducati Lenovo, Davide Tardozzi mengakui Aprilia kini mempunyai jentera yang sangat kompetitif dan menunjukkan kemajuan besar sehingga mampu memberikan saingan sengit kepada Ducati dalam MotoGP 2026.
Bagaimanapun, Tardozzi mengingatkan bahawa Ducati masih mempunyai kelebihan tersendiri menerusi kehadiran Marc Marquez. Beliau menyuarakan keyakinan terhadap kemampuan pelumba Sepanyol itu untuk menjadi senjata utama Ducati dalam menghadapi persaingan musim ini.
Malah, Tardozzi menyebut, “Kami mempunyai Marc Marquez dan itu sudah mencukupi.” Kenyataan tersebut memperlihatkan betapa tinggi keyakinan Ducati terhadap kemampuan Marc, meskipun Aprilia kini hadir dengan pakej jentera yang begitu kuat.