
Marco Bezzecchi mengesahkan kesediaannya untuk menyertai Grand Prix Qatar selepas menyatakan kepercayaan penuh terhadap kemampuan MotoGP Group menguruskan penganjuran perlumbaan dalam keadaan selamat.
Pelumba Aprilia itu percaya pihak penganjur mempunyai pengalaman luas dalam mengendalikan kejuaraan dunia dan sentiasa meletakkan keselamatan pelumba sebagai keutamaan.
Bezzecchi turut menjadikan keputusan membatalkan perlumbaan di Phillip Island sebagai contoh bahawa pihak penganjur mampu membuat keputusan sewajarnya apabila keadaan tidak mengizinkan.
“Saya sangat percaya kepada pihak penganjur. Mereka telah menguruskan kejuaraan ini selama bertahun-tahun dan sentiasa mengutamakan keselamatan kami,” jelas Bezzecchi.
Keputusan Bezzecchi hadir ketika isu keselamatan QatarGP terus menjadi perdebatan hangat dalam paddock MotoGP. Sebahagian besar pelumba dilaporkan meminta jaminan keselamatan tambahan, manakala Yamaha mengambil keputusan untuk tidak menyertai perlumbaan tersebut.
Bezzecchi bagaimanapun menghormati pendirian setiap individu dan tidak menyalahkan mereka yang memilih untuk tidak hadir.
Baginya, kepercayaan terhadap penilaian pihak penganjur menjadi asas kepada keputusannya untuk meneruskan komitmen berlumba di Lusail.