Mudah.my dan Carousell Malaysia lancar kempen Jimat Tak Habis-Habis, tawar diskaun sehingga 45%

KUALA LUMPUR, 2 November 2026 – Pembeli kereta terpakai di Malaysia kini mempunyai lebih banyak pilihan menarik menjelang penghujung tahun apabila Mudah.my dan Carousell Malaysia melancarkan kempen bersama pertama mereka, Jimat Tak Habis-Habis.

Berlangsung dari 2 November hingga 18 Disember 2026, kempen ini menghimpunkan lebih 7,000 unit kereta terpakai terpilih daripada pengedar yang mengambil bahagian, dengan tawaran diskaun sehingga 45%. Menariknya, pembeli turut berpeluang memenangi hadiah petrol bernilai keseluruhan RM120,000.

Menerusi kerjasama ini, tawaran daripada pengedar yang mengambil bahagian boleh didapati di kedua-dua platform, sekali gus membolehkan pembeli membandingkan harga dan menyenarai pendek model pilihan sebelum mengunjungi bilik pameran.

Kempen ini turut hadir pada waktu yang tepat memandangkan penghujung tahun lazimnya menjadi antara tempoh paling aktif bagi pasaran automotif tempatan. Pada Disember 2025, jualan kenderaan di Malaysia mencatatkan rekod tertinggi bulanan sebanyak 90,716 unit, dengan promosi agresif antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan permintaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Mudah.my, Jacky Tan Nguyen berkata, pihaknya mahu menjadikan kereta terpakai sebagai pilihan utama rakyat Malaysia dengan membantu pembeli mendapatkan kenderaan yang sesuai pada harga berpatutan serta membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat.

Menurutnya, kerjasama dengan Carousell Malaysia turut memperluaskan pilihan kepada pembeli menerusi akses kepada tawaran pengedar yang sama di kedua-dua platform.

Di bawah slogan “Kereta best, harga tak stres!”, kempen ini turut menawarkan pelbagai manfaat tambahan daripada pengedar terpilih, termasuk waranti percuma sehingga lapan tahun, baucar tunai serta perkhidmatan percuma seperti pemasangan filem penapis haba, servis kenderaan dan pemeriksaan kereta.

Selain diskaun dan tawaran tambahan tersebut, pembeli yang membeli mana-mana kereta daripada pengedar yang disenaraikan di Mudah.my atau Carousell Malaysia sepanjang tempoh kempen turut berpeluang memenangi satu daripada 40 baucar petrol bernilai RM3,000 setiap satu.

Dalam pada itu, Mudah.my turut meningkatkan jumlah penyenaraian keretanya sebanyak 10% bagi memenuhi permintaan hujung tahun, dengan lebih 90,000 unit kereta kini tersedia di platform berkenaan.

Pembeli juga boleh memanfaatkan beberapa ciri tambahan seperti Car Price Insights untuk membandingkan harga kenderaan dengan penyenaraian serupa, Mudah-Verified Cars bagi mengenal pasti penyenaraian yang telah disahkan serta ciri sorotan kenderaan berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang merumuskan ciri utama setiap model.

Orang ramai boleh meneroka senarai kenderaan dan tawaran kempen Jimat Tak Habis-Habis menerusi laman web rasmi Mudah.my dan Carousell Malaysia atau aplikasi mudah alih masing-masing sehingga 18 Disember 2026.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives