JDT Racing Mula Fokus Pembangunan Pelumba Pelapis

Wandi

JDT Racing Team bakal membuka satu lembaran baharu dalam pembangunan sukan permotoran tempatan menerusi pengenalan JDT Racing Academy, sebuah inisiatif yang memberi tumpuan kepada pembangunan dan pencarian bakat pelumba muda, khususnya dari negeri Johor.

Sebagai langkah pertama program tersebut, dua pelumba muda kelahiran Johor bakal diberikan peluang untuk mewakili JDT Racing Academy dalam kategori WIRA pada PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix pusingan kelapan yang akan berlangsung di Medini Iskandar, Johor pada 21 dan 22 November 2026.

Penyertaan ini menjadi permulaan kepada usaha menyediakan platform lebih tersusun buat pelumba muda tempatan untuk menimba pengalaman, meningkatkan kemahiran serta memahami selok-belok perlumbaan di peringkat kompetitif.

Kehadiran JDT Racing Academy juga memperlihatkan komitmen JDT Racing Team dalam menyumbang kepada pembangunan generasi baharu pelumba negara.

Peminat sukan permotoran dijemput hadir ke Medini Iskandar bagi memberikan sokongan kepada dua pelumba muda ini. Menariknya, kemasukan adalah percuma untuk semua pengunjung.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives