MODENAS Z15GT Kini Lebih Garang Dengan Warna Lime Green

Mohd Osman

MODENAS Z15GT kini tampil dengan wajah baharu apabila warna Lime Green diperkenalkan sebagai salah satu pilihan terkini untuk model moped sporty tersebut.

Warna ini jelas membawa inspirasi daripada identiti ikonik Kawasaki, dengan tona Lime Green memberikan Z15GT penampilan yang lebih agresif dan sporty. Selain itu, pelanggan turut boleh memilih warna Amazon Green bersama grafik baharu.


Semua unit Z15GT dengan kemasan baharu turut menerima tujuh penambahbaikan yang diperkenalkan menerusi Z15GT Care Programme, melibatkan beberapa aspek perlindungan dan ketahanan komponen.

Antaranya ialah saliran overflow tray yang dipertingkatkan, perlindungan tambahan pada ignition knob switch, reka bentuk baharu bolt dan collar injector serta penunjuk paras rendah pada tuil brek hadapan.

MODENAS turut memperkukuhkan snap fitting pada penutup sisi, menambah socket cover untuk memberikan perlindungan lebih baik kepada wiring harness daripada pendedahan air, selain perlindungan tambahan pada solder point dalam switch assembly kiri dan kanan.

Pendek kata, Z15GT bukan sekadar dapat ‘cat baru’, tetapi hadir bersama beberapa penambahbaikan yang menyentuh aspek praktikal dan ketahanan motosikal.

Sebelum ini, gambar jentera ini yang tersebar di sebuah kedai motosikal mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat. Malah, ada yang menyangka imej tersebut hanyalah hasil suntingan AI. Namun kini, teka-teki itu terjawab apabila MODENAS mengesahkan bahawa motosikal tersebut sememangnya wujud dan bakal berada di pasaran.

Dalam masa sama, MODENAS ELIT 150S turut menerima tiga kemas kini termasuk reka bentuk spring fuel cap baharu, pembuangan socket yang tidak digunakan pada bahagian hadapan serta program ECU baharu untuk mengoptimumkan timing suntikan pada kelajuan lebih tinggi dan meningkatkan RPM cut-off.

ELIT 150S kini hadir dalam pilihan Amazon Green, Glorious Black dan Nardo Grey.

Kedua-dua model dengan warna dan grafik baharu ini mula ditawarkan di pengedar sah MODENAS seluruh negara bermula 10 September 2026.

MODENAS Z15GT dijual pada harga RM8,288, manakala ELIT 150S berharga RM7,877, tidak termasuk cukai jalan dan insurans.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives