Ada Peti Sejuk 2-Dalam-1, BYD ATTO 3 Performance Hanya 69 Unit Di Malaysia

Mohd Osman

BYD Sime Motors memperkenalkan 2026 BYD ATTO 3 Performance ke pasaran Malaysia, namun ia bukan sekadar varian baharu dalam keluarga ATTO 3 kerana hanya 69 unit ditawarkan sempena sambutan Merdeka ke-69.

Varian Performance ini juga menjadi model ATTO 3 paling berkuasa setakat ini, dengan sistem pacuan semua roda (AWD) yang menghasilkan kuasa gabungan 330 kW dan tork maksimum 560 Nm.

Dengan angka tersebut, BYD ATTO 3 Performance mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 4.0 saat, memberikan peningkatan dari segi pecutan, cengkaman dan respon pemanduan berbanding varian sedia ada.

Walaupun lebih berorientasikan prestasi, ia masih mengekalkan ciri praktikal sebuah SUV elektrik untuk kegunaan harian. Model ini menggunakan Blade Battery berkapasiti 74.88 kWh dengan jarak perjalanan sehingga 530 km berdasarkan kitaran NEDC.

Pengecasan pantas DC pula disokong sehingga 220 kW.

Dari segi kelengkapan, varian Performance menerima Windscreen Head-Up Display (W-HUD), selain sistem Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) yang dibawa daripada varian Premium.

Menariknya, buat pertama kali dalam keluarga BYD ATTO 3, varian ini turut dilengkapi peti sejuk dengan fungsi penyejukan dan pemanasan.

Untuk harga, BYD ATTO 3 Performance ditawarkan pada RM149,800, manakala varian Ultra dan Premium masing-masing kekal pada RM125,800 dan RM138,800.

Bagi pembeli, BYD turut menawarkan pakej pelancaran khas yang boleh dipilih antara Wall Charger dengan pemasangan standard bersama overtrade sehingga RM6,000, atau pakej servis standard selama enam tahun bersama overtrade sehingga RM5,000.

Dari segi jaminan, model ini menerima waranti kenderaan selama enam tahun atau 150,000 km. Blade Battery voltan tinggi dan drive unit pula dilindungi selama lapan tahun atau 160,000 km.

Turut diberikan ialah V2L Adapter serta kabel pengecas Type 2 dengan plug tiga pin.

2026 BYD ATTO 3 Performance kini boleh dilihat dan ditempah di bilik pameran BYD yang sah bermula hari ini. Orang ramai juga boleh melihat model ini dengan lebih dekat sepanjang 11 hingga 13 September sebelum membuat tempahan.

Dengan hanya 69 unit diperuntukkan untuk Malaysia, BYD ATTO 3 Performance kini melengkapkan keluarga ATTO 3 sebagai pilihan paling tinggi dari segi prestasi.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives