
Peminat Mobile Suit Gundam dan dunia permotoran kini mempunyai satu lagi koleksi untuk diburu apabila jenama helmet motosikal tempatan, GRACSHAW, memperkenalkan koleksi terhad GRACSHAW x Mobile Suit Gundam.
Menampilkan tiga Mobile Suit ikonik daripada siri animasi asal Mobile Suit Gundam yang pertama kali disiarkan pada 1979, koleksi ini menggabungkan identiti RX-78-2 Gundam, MS-06F Zaku II dan MS-06S Char’s Zaku II ke dalam helmet GRACSHAW Glaive.
Setiap helmet ditawarkan pada harga RM498 dan hadir dalam jumlah pengeluaran bernombor yang terhad, menjadikannya bukan sahaja aksesori tunggangan tetapi turut mempunyai nilai tersendiri buat pengumpul barangan Gundam.
Tiga Ikon Gundam, Tiga Rekaan Berbeza



















Koleksi ini terdiri daripada tiga model utama iaitu RX-78-2 Gundam dengan pengeluaran sebanyak 1,500 unit, MS-06S Char’s Zaku II sebanyak 1,000 unit dan MS-06F Zaku II sebanyak 500 unit.
GRACSHAW menggunakan model Glaive dual-visor open-face sebagai asas koleksi ini, dengan reka bentuk cangkerang yang kemas bagi membolehkan warna, tanda dan perincian mekanikal setiap Mobile Suit ditampilkan dengan lebih jelas.
Lebih menarik, kesemua helmet edisi khas ini didatangkan dengan rear ducktail khas Gundam yang dipasang sebagai kelengkapan standard.
Berbeza dengan model Glaive biasa yang menawarkan ducktail sebagai aksesori tambahan, versi koleksi Gundam ini hadir terus dengan ducktail tersebut dari kotak, memberikan profil yang lebih panjang, tajam dan menyerlah ketika berada di atas jalan.
Menurut GRACSHAW, rekaan tersebut bukan sekadar elemen kosmetik, sebaliknya direka sebagai sebahagian daripada keseluruhan bentuk helmet untuk menghasilkan penampilan yang lebih tersendiri.
Detail Untuk Peminat Gundam
Pemilihan tiga Mobile Suit ini juga bukan secara rawak.
RX-78-2 Gundam mewakili Mobile Suit ikonik Earth Federation Forces, manakala MS-06F Zaku II menjadi antara jentera utama Principality of Zeon. Sementara itu, MS-06S Char’s Zaku II pula merupakan versi komander yang sinonim dengan watak Char Aznable, atau lebih dikenali sebagai The Red Comet.
Buat peminat tegar Gundam, perhatian turut diberikan kepada kemasan Char’s Zaku II. GRACSHAW mengambil inspirasi warna daripada figura Bandai yang sepadan, termasuk rona merah jambu dan maroon yang menjadi identiti unit milik Char, berbanding menggunakan warna merah terang semata-mata.
Setiap helmet juga dilengkapi kad edisi terhad bernombor, dust bag, brand card, pelekat serta manual pengguna dalam pembungkusan khusus edisi tersebut. Kesemua model turut mempunyai pensijilan SIRIM dan ditawarkan dalam saiz S, M, L, XL dan 2XL.
Harga RM498, Stok Terhad

Koleksi GRACSHAW x Mobile Suit Gundam mula ditawarkan pada 7 September 2026 dengan harga RM498 setiap satu, selagi stok masih ada.
Untuk mendapatkan koleksi ini, peminat boleh mengunjungi GRACSHAW Authorised Dealers terpilih:
- Roda Kota
- Bikerz Garaj
- Serdang Motorcycle
- Super LS Motor Parts (Jalan Ipoh)
- Welly Sungai Buloh
- Tokan Helmet
- BLH Motor
- WK Motorsport
- Ann Seng Motor
- CKT Motor
- Hock Lee Motor
- GRACSHAW Concept Store Hock Lee
Maklumat lanjut boleh didapati menerusi www.gracshaw.com.
Dengan jumlah keseluruhan hanya 3,000 unit merentasi ketiga-tiga model, koleksi ini dijangka menjadi buruan bukan sahaja dalam kalangan penunggang motosikal, malah peminat dan pengumpul Mobile Suit Gundam yang mahu membawa ikon dunia mecha itu keluar ke jalan raya.