
Max Verstappen bakal kembali ke dunia karting pada September ini namun kali ini cabarannya bukan sekadar perlumbaan biasa.
Juara dunia Formula 1 itu dijadualkan berdepan 100 pencabar serentak dalam sebuah acara unik yang digelar “Max vs 100”. Acara ini bakal berlangsung di Silverstone pada 16 September ini.
Lebih menarik, Verstappen bukan bermula di hadapan. Sebaliknya, pelumba Red Bull itu akan dilepaskan di belakang kesemua 100 peserta dengan misi untuk memintas setiap kart yang berada di hadapannya.
Acara yang digambarkan sebagai antara perlumbaan go-kart terbesar pernah dianjurkan itu bakal menghimpunkan peserta daripada pelbagai latar belakang, termasuk atlet, ‘streamer’, personaliti terkenal dan peminat.
Dengan 100 kart berada di hadapan, Verstappen pastinya perlu menggunakan segala kemahiran perlumbaan yang dimilikinya untuk mencari ruang, membuat gerakan memotong dan mengelak kesesakan di litar.
Persoalannya, mampukah seorang juara dunia Formula 1 menewaskan kesemua 100 pencabar dan sampai ke garisan penamat sebagai pemenang?
Jawapannya bakal diketahui pada 16 September ini. Jika reputasi Verstappen dalam dunia karting menjadi ukuran, perlumbaan ini pastinya sesuatu yang tidak mahu dilepaskan oleh peminat sukan permotoran.
Teruskan Bersama Four Wheels..!
📷 Red Bull/ X
#FourWheels #TWmedia #Gokart #MV3 #Silverstone