RCB Minimoto dijenamakan semula menjadi MotoKidz

Mohd Osman

Program akar umbi oleh ZK Racing, RCB Minimoto Championship kini dijenamakan semula sebagai RCB MotoKidz bermula tahun ini.

Kejuaraan RCB MotoKidz akan diteruskan untuk musim kedua dengan lima pusingan, sebagai kelas sokongan kepada perlumbaan FIM MotoMini Malaysia, yang dijadual membuka tirai musim 2026 pada Mei nanti.

Penjenamaan semula ini dibuat bagi menyelaraskan laluan pembangunan pelumba ke arah “Road to MotoGP”, dengan penggunaan perkataan “Moto” di hadapan, selari dengan struktur pembangunan global seperti MotoMini, Moto4, Moto3 dan Moto2. Pendekatan ini menjadikan perjalanan karier pelumba lebih tersusun, progresif dan jelas bermula dari peringkat kanak-kanak hingga ke pentas kejuaraan dunia.

RCB MotoKidz memberi fokus kepada penglibatan kanak-kanak seawal usia 6 hingga 9 tahun, sebagai langkah awal memperkenalkan mereka kepada dunia perlumbaan secara selamat dan kompetitif.

ZK Racing yakin kejuaraan ini akan terus menjadi platform penting dalam mencungkil dan membangunkan bakat pelumba cilik tempatan, sekali gus membuka peluang untuk mereka melangkah lebih jauh ke peringkat antarabangsa.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Search

Archives