Veda Pratama Hadiahkan Podium Buat Keluarga Dan Sahabat Yang Datang Ke Sepang

Wandi

Veda Pratama mencipta satu lagi pencapaian membanggakan apabila berjaya menamatkan perlumbaan Moto3 MalaysianGP di tempat kedua, selepas memulakan aksi dari petak kelapan di Litar Antarabangsa Sepang.

Pelumba Honda Team Asia itu mempamerkan aksi konsisten dan semangat juang tinggi sepanjang perlumbaan, sebelum mengesahkan podium kedua di belakang Maximo Quiles. Alvaro Carpe melengkapkan podium di tempat ketiga.

Lebih bermakna, kejayaan Veda kali ini disaksikan sendiri oleh ahli keluarganya yang hadir ke Sepang, termasuk ibu bapa, adik-beradik, sepupu serta beberapa orang rakan.

Sokongan keluarga di pentas perlumbaan dunia pastinya menjadi suntikan semangat buat pelumba muda Indonesia itu, yang terus membuktikan kemampuannya bersaing dalam kelas Moto3.

Bermula dari P8 dan menamatkan perlumbaan di podium, Veda menghadiahkan satu kenangan manis buat keluarga serta penyokongnya di Malaysia.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives