
KUALA LUMPUR, 2 November 2026 – BYD Sime Motors terus memperkukuh pengalaman pemilikan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia menerusi penambahbaikan perkhidmatan lepas jualan dengan memperkenalkan sistem tempahan servis digital melalui aplikasi OneGo Sime Motors.
Platform ini membolehkan pemilik BYD membuat tempahan servis dan penyelenggaraan kenderaan dengan lebih pantas serta mudah tanpa perlu menghubungi pusat servis melalui panggilan telefon atau mesej.
Menerusi aplikasi OneGo, pemilik boleh menyemak kekosongan slot janji temu secara masa nyata, memilih tarikh dan waktu yang bersesuaian serta menentukan pusat servis dan penasihat servis pilihan mereka.
Proses tempahan turut membolehkan pemilik memilih kenderaan yang telah didaftarkan, memasukkan jumlah jarak perjalanan serta menambah nota khas untuk perhatian pasukan teknikal sebelum mengesahkan janji temu.
Pengesahan tempahan akan dihantar menerusi e-mel bersama maklumat lengkap mengenai kunjungan servis yang dijadualkan.
Pengurusan Servis Lebih Mudah dan Fleksibel
Selain membuat tempahan baharu, aplikasi OneGo turut menyediakan kemudahan pengurusan janji temu yang lebih fleksibel.
Pemilik BYD boleh menyemak jadual servis akan datang, menjadualkan semula janji temu sekiranya terdapat perubahan perancangan serta melihat rekod tarikh servis terdahulu.
Malah, janji temu yang telah disahkan juga boleh dimasukkan terus ke dalam kalendar Apple atau Google dengan hanya satu sentuhan, sekali gus memudahkan pemilik merancang jadual penyelenggaraan kenderaan masing-masing.
Menurut Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Asia Tenggara Sime Motors, pengalaman pemilikan premium bukan sekadar tertumpu kepada proses penyerahan kenderaan, sebaliknya turut merangkumi sokongan selepas jualan yang berterusan.
Beliau berkata, Sime Motors komited memperkukuh keupayaan perkhidmatan lepas jualan menerusi penyelesaian digital yang lebih pintar bagi memenuhi keperluan pemilik kenderaan elektrik.
Diskaun Servis RM50 Sehingga 31 Disember 2026
Sebagai manfaat tambahan, BYD Sime Motors menawarkan diskaun servis RM50 kepada pemilik BYD yang membuat tempahan menerusi aplikasi OneGo.
Promosi ini berlangsung mulai 2 November sehingga 31 Disember 2026.
Ketika ini, rangkaian lepas jualan BYD Sime Motors merangkumi 33 kemudahan lepas jualan serta 16 pusat cat dan baik pulih badan kenderaan di seluruh negara. Operasinya turut disokong oleh 45 cawangan jualan dan pemasaran.
Pemilik BYD boleh mendapatkan aplikasi OneGo Sime Motors untuk menikmati kemudahan tempahan servis digital ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai BYD Sime Motors, layari laman web rasmi BYD Sime Motors