iCAUR Buka Pusat 3S Pertama Di Kota Kinabalu, Kukuhkan Kehadiran Di Malaysia Timur

MC

iCAUR Malaysia terus mengembangkan rangkaian pengedarnya dengan pembukaan Pusat Jualan, Servis dan Alat Ganti (3S) pertama di Kota Kinabalu, Sabah, sekali gus memperkukuhkan kehadiran jenama itu di Malaysia Timur serta memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap kenderaan elektrik (EV) iCAUR.

Pusat 3S yang dikendalikan oleh Universal Icar Sdn Bhd itu menawarkan perkhidmatan jualan, servis, alat ganti tulen serta sokongan pemilikan lengkap di bawah satu bumbung bagi memudahkan pelanggan di Sabah.

Menurut Pengarah Kanan iCAUR Malaysia, Francis Chin, pembukaan pusat baharu itu merupakan sebahagian daripada pelan pengembangan rangkaian pengedar iCAUR di seluruh negara.

Ketika ini, iCAUR mempunyai 21 pusat jualan di Malaysia dan menyasarkan peningkatan kepada 30 pusat menjelang penghujung 2026, dengan Sarawak menjadi destinasi pengembangan seterusnya.

Dibina di atas keluasan 1,170 meter persegi, pusat 3S tersebut mampu mempamerkan sehingga empat buah kenderaan dan dilengkapi tiga ruang servis. Kemudahan lain termasuk ruang penyerahan kenderaan, dua ruang pengecas EV persendirian, ruang istirahat pelanggan lengkap dengan Wi-Fi serta sajian ringan, selain zon permainan interaktif.

Mengangkat konsep “Born to Play”, pusat ini bukan sekadar menawarkan jualan dan servis, malah direka sebagai ruang gaya hidup yang membolehkan pelanggan mengenali jenama iCAUR sambil menikmati pengalaman pemilikan yang lebih selesa.

Naib Presiden Universal Icar Sdn Bhd, Clinton Chok Jin Qin, berkata barisan SUV elektrik iCAUR dilihat sesuai dengan gaya hidup masyarakat Sabah yang mengutamakan karakter, versatiliti serta teknologi moden.

Pembukaan pusat 3S pertama di Sabah ini turut mencerminkan komitmen iCAUR Malaysia dalam memperkukuhkan rangkaian jualan dan selepas jualan di seluruh negara bagi memastikan pelanggan mendapat akses lebih mudah kepada perkhidmatan berkualiti.

Lokasi Pusat 3S iCAUR Kota Kinabalu

Alamat:
CL015493615, Jalan Limau Manis, Off Jalan Lintas, Taman Iramanis, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.

Waktu Operasi Pusat Jualan

  • Isnin – Jumaat: 8.30 pagi – 6.00 petang
  • Sabtu: 8.30 pagi – 4.00 petang
  • Ahad & Cuti Umum: 10.00 pagi – 3.00 petang

Waktu Operasi Pusat Servis

  • Isnin – Jumaat: 8.00 pagi – 5.00 petang
  • Sabtu: 8.00 pagi – 3.00 petang
Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives