Albert Arenas Sah Ke WSBK Tahun Depan

Wandi

Juara Dunia World Supersport 2026, Albert Arenas bakal membuat penampilan sulung dalam kategori WorldSBK musim hadapan selepas diumumkan sebagai pelumba baharu pasukan Go Eleven. Pelumba kelahiran Sepanyol itu akan mengendalikan jentera Ducati Panigale V4 R bagi menghadapi cabaran baharu dalam kategori utama perlumbaan Superbike dunia.

Arenas bukanlah nama asing dalam kejuaraan dunia apabila beliau pernah muncul Juara Dunia Moto3 pada tahun 2020. Selepas itu, beliau menghabiskan beberapa musim bersaing dalam kategori Moto2 sebelum beralih ke WorldSSP pada 2026. Menariknya, hanya dengan satu musim dalam WorldSSP, Arenas sudah berjaya merangkul gelaran dunia menerusi empat kemenangan dan 17 podium.

Pencapaian tersebut menjadikan perpindahannya ke WorldSBK satu lagi langkah penting dalam karier perlumbaan profesionalnya. Pengalaman daripada Moto3 dan Moto2 pastinya menjadi bekalan berguna ketika beliau perlu menyesuaikan diri dengan karakter jentera Ducati Panigale V4 R.

Kehadiran Arenas turut menandakan perkembangan baharu buat Go Eleven apabila pasukan itu bakal mempertaruhkan dua buah jentera dalam WorldSBK pada 2027. Beliau akan bergandingan dengan Lorenzo Baldassarri yang turut kekal bersama pasukan berkenaan.

Arenas dijadualkan menjalani ujian bersama Go Eleven di Valencia pada 9 dan 10 Disember ini sebagai persiapan menghadapi musim baharu.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives