
Zontes terus memperlihatkan keseriusannya dalam segmen motosikal berprestasi tinggi apabila memperkenalkan model terbaharu, Zontes 853 R, di pentas EICMA 2026 yang berlangsung di Milan, Itali.
Model ini hadir dengan beberapa angka prestasi yang cukup menarik, terutama apabila ia menggunakan enjin tiga silinder yang merupakan enjin berkapasiti paling besar pernah dibangunkan oleh Zontes setakat ini.
Dari segi spesifikasi, Zontes 853 R menggunakan enjin tiga silinder berkapasiti 853cc yang mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 150hp serta tork puncak 90Nm.
Lebih menarik, Zontes mendakwa jentera ini mampu memecut dari 0 ke 100km/j dalam masa hanya 2.8 saat, manakala kelajuan maksimum yang boleh dicapai dikatakan mencecah 280km/j.
Angka tersebut meletakkan 853 R sebagai antara model yang cukup menarik untuk diperhatikan dalam kategori naked bike berprestasi tinggi.
Bukan sekadar menawarkan kuasa enjin yang besar, Zontes turut melengkapkan model ini dengan pelbagai teknologi elektronik bagi membantu meningkatkan kawalan dan keselamatan ketika tunggangan.
Antara kelengkapan yang ditawarkan termasuk Quick Shifter, sistem ABS serta 6-axis IMU yang menjadi sebahagian daripada sistem bantuan elektronik motosikal ini.
Kehadiran Zontes 853 R jelas memperlihatkan langkah lebih agresif pengeluar dari China itu dalam meneroka segmen motosikal berkapasiti besar dan berprestasi tinggi.
Buat masa ini, Zontes masih belum memperincikan maklumat mengenai harga serta tarikh pemasaran model ini untuk pasaran antarabangsa. Namun, kemunculannya di EICMA 2026 pastinya menarik perhatian peminat motosikal berprestasi tinggi.
























