Dua Pelumba Utama Honda Alami Masalah Kecergasan Di MalaysianGP

Wandi

Dua pelumba utama Honda HRC Castrol, Luca Marini dan Joan Mir, berdepan masalah kecergasan ketika perlumbaan utama PETRONAS Grand Prix Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang.

Marini yang masih belum pulih sepenuhnya daripada jangkitan virus mula mengalami keletihan melampau seawal setengah pusingan perlumbaan. Lebih menghairankan, pelumba Itali itu mengakui tubuhnya berada dalam keadaan baik sepenuhnya pada Jumaat dan Sabtu sebelum tiba-tiba berasa sangat lemah pada Ahad. Walaupun berdepan kesukaran untuk meneruskan aksi, dia tetap bertahan sehingga ke garisan penamat dan meraih kedudukan ketujuh.

Nasib berbeza dialami rakan sepasukannya, Joan Mir yang mula mengalami kesakitan badan seawal lima pusingan pertama. Keadaannya semakin merosot sebelum pelumba Sepanyol itu mengambil keputusan untuk menamatkan perlumbaan lebih awal pada pusingan kesembilan.

Mir juga disahkan tidak akan menyertai perlumbaan MotoGP Qatar minggu ini bagi memberi tumpuan kepada proses pemulihan. Tempatnya bersama Honda HRC Castrol akan digantikan oleh pelumba British, Jake Dixon.

Kedua-dua pelumba Honda itu masih bergelut dengan masalah kesihatan yang memberi kesan terhadap kemampuan mereka mengharungi perlumbaan yang menuntut ketahanan fizikal tinggi di Sepang.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives