Marc Marquez Semakin Hampir Dengan Gelaran Dunia Yang Ke-10

Wandi

Marc Marquez semakin hampir untuk mengesahkan gelaran Juara Dunia MotoGP 2026 selepas berjaya melebarkan jurang mata kejuaraan selepas berakhirnya Petronas MalaysianGP di Litar Antarabangsa Sepang.

Kemenangan dalam perlumbaan utama Ahad melengkapkan hujung minggu yang cukup positif buat pelumba Ducati Lenovo Team itu. Walaupun terpaksa berpuas hati di tempat kedua dalam Sprint Race selepas tewas kepada Pedro Acosta, Marc berjaya menebusnya dengan kemenangan dalam perlumbaan utama.

Lebih penting, pencabar terdekatnya, Jorge Martin tidak dapat menyertai perlumbaan di Sepang selepas menarik diri akibat kecederaan pergelangan tangan yang dialaminya ketika Grand Prix Australia. Martin kekal dengan 355 mata, manakala Marc kini mengumpul 399 mata.

Seorang lagi pencabar kejuaraan, Marco Bezzecchi juga gagal memberikan tekanan yang diharapkan apabila hanya menamatkan perlumbaan di tempat keenam. Keputusan itu menyaksikan Bezzecchi kini mengumpul 332 mata, ketinggalan 67 mata berbanding Marc.

Situasi ini menjadikan kedudukan Marc semakin kukuh apabila kedua-dua pencabar terdekatnya gagal mengutip mata yang cukup untuk merapatkan jurang. Sebaliknya, kemenangan di Sepang membolehkan Marc terus membina kelebihan dalam perebutan gelaran dunia.

Dengan hanya tiga pusingan perlumbaan berbaki selepas MalaysianGP, Marc berpeluang mengesahkan kejuaraan seawal Grand Prix Qatar minggu hadapan sekiranya berjaya membina kelebihan sekurang-kurangnya 74 mata berbanding pencabar terdekatnya.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives