Ini Punca Jorge Martin Terjatuh Di Perlumbaan Sprint

Wandi

Jorge Martin mengalami kemalangan ketika Sprint AustralianGP selepas tayar belakang jenteranya terpijak kerb sehingga menyebabkan motosikalnya bergegar dan kehilangan kestabilan.

Situasi itu menyebabkan Martin terkeluar daripada racing line asal. Ketika berada di pertengahan selekoh, pelumba Aprilia itu cuba membawa jenteranya kembali ke laluan ideal, namun tindakannya menyebabkan tayar depan kehilangan cengkaman sebelum dia terjatuh.

Dalam perlumbaan MotoGP, kehilangan kestabilan walaupun untuk seketika boleh mencetuskan rantaian kesilapan. Apabila motosikal sudah terkeluar daripada racing line, usaha untuk kembali ke laluan asal memerlukan kawalan yang tepat, terutama ketika jentera masih berada dalam keadaan condong.

Bagi Martin, insiden ini menunjukkan betapa tipisnya perbezaan antara mengekalkan persaingan di barisan hadapan dengan berakhir di atas permukaan litar.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives