
KUALA LUMPUR, 26 Oktober 2026 – DENZA terus memperkukuh kehadirannya di Malaysia menerusi pembukaan rasmi DENZA Balakong by Wing Hin Elegant, sebuah pusat 4S baharu yang menawarkan kemudahan jualan, servis selepas jualan serta baik pulih badan dan cat.
Terletak di Balakong, Selangor, pusat ini memperluas liputan DENZA di selatan Lembah Klang, sekali gus memudahkan pelanggan mendapatkan akses kepada rangkaian model mewah jenama itu, termasuk DENZA D9, DENZA B8 dan DENZA Z9GT.
Dengan keluasan keseluruhan kira-kira 3,000 meter persegi, DENZA Balakong merupakan antara tiga pusat pengedar DENZA terbesar di Malaysia. Pusat ini turut menampilkan ruang pameran seluas kira-kira 650 meter persegi dengan tujuh ruang paparan kenderaan di dua tingkat.
Kemudahan lain termasuk ruang penyerahan kenderaan khusus seluas 61 meter persegi, tujuh ruang servis bagi kerja mekanikal dan penjajaran roda serta fasiliti baik pulih badan dan cat.
Bagi melengkapkan pengalaman pelanggan, pusat ini turut menyediakan ruang menunggu yang selesa, stesen minuman dengan kopi percuma serta bilik VIP. Reka bentuk ruang pamerannya juga menggabungkan elemen seni tempatan dan paparan yang mengetengahkan perjalanan perkembangan jenama DENZA.
Pusat ini turut dijadualkan dilengkapi kemudahan pengecasan BYD Flash Charging pada masa akan datang, selaras dengan usaha memperluas pilihan pengecasan untuk pelanggan kenderaan elektrik.
Menurut Pengarah Urusan BYD Malaysia, Jacob Ma, pembukaan pusat baharu itu merupakan satu lagi langkah penting dalam memperluas rangkaian DENZA di negara ini, khususnya bagi mendekati lebih ramai pelanggan di selatan Lembah Klang.
Sementara itu, Pengarah Urusan Wing Hin Elegant, Crystal Loh, berkata pihaknya mahu menjadikan pusat 4S berkenaan bukan sekadar lokasi jualan kenderaan, malah destinasi untuk komuniti setempat mengenali jenama DENZA menerusi pelbagai aktiviti dan pengalaman menarik.
Beliau turut berharap kemudahan yang disediakan dapat membantu membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan, termasuk selepas mereka menerima kenderaan masing-masing.
Dengan pembukaan DENZA Balakong by Wing Hin Elegant, DENZA kini mempunyai lapan bilik pameran di Malaysia, sekali gus memperkukuh rangkaian jualan dan perkhidmatan selepas jualannya di seluruh negara.
DENZA Balakong by Wing Hin Elegant terletak di Lot 9257C, Jalan Balakong Kembangan, 43300 Seri Kembangan, Selangor. Pusat ini beroperasi dari 8.30 pagi hingga 6.00 petang pada Isnin hingga Jumaat, serta 10.00 pagi hingga 5.00 petang pada Sabtu dan Ahad.
Untuk pertanyaan, pelanggan boleh menghubungi +60 12-831 0332.
Sempena pembukaan ini, pelanggan yang membuat tempahan model DENZA di pusat berkenaan turut berpeluang menerima hadiah eksklusif. Tawaran tersebut sah sehingga 31 Disember 2026, tertakluk pada terma dan syarat.



