SAIC Motor Malaysia Raikan Pemenang Utama Kempen Celebrate National Pride

KUALA LUMPUR, 23 Oktober 2026 – SAIC Motor Malaysia meraikan pemenang hadiah utama kempen Celebrate National Pride menerusi majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di MG Motor Glenmarie, sekali gus menutup kempen pandu uji SUV elektrik MGS5 EV sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Pemenang utama, Nur Sara ‘Atikah binti Saiful Azlan, membawa pulang sebuah Apple MacBook Neo selepas menyertai kempen yang berlangsung dari 15 Ogos hingga 30 September 2026. Turut diraikan, seramai 20 pemenang saguhati menerima kredit Touch ’n Go eWallet bernilai RM50 setiap seorang.

Kempen berkenaan mengajak orang ramai mengunjungi pusat pengedar MG Motor di seluruh negara untuk menjalani pandu uji MGS5 EV, selain berkongsi foto serta kapsyen kreatif mengenai pengalaman pemanduan mereka.

Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, Emory Qi, berkata kempen itu bertujuan memberi peluang kepada rakyat Malaysia merasai sendiri keselesaan, kepraktisan dan prestasi yang ditawarkan oleh MGS5 EV.

Menurutnya, pengalaman secara langsung itu diharap dapat mendorong lebih ramai pelanggan mempertimbangkan SUV elektrik berkenaan sebagai kenderaan keluarga.

Nur Sara ‘Atikah, yang juga pemilik MGS5 EV, berkata kenderaan itu memenuhi keperluan keluarganya dari segi ruang, keselesaan dan keselamatan.

Beliau turut menyifatkan saiz MGS5 EV sesuai untuk pemanduan serta parkir di Kuala Lumpur, selain menawarkan ruang kabin yang luas untuk keluarganya, termasuk tiga orang anak.

Kehadiran butang fizikal bagi sistem pendingin hawa turut memudahkan pelarasan tetapan ketika memandu, manakala sistem pemantauan keletihan pemandu (DFMS) memberikan ketenangan fikiran, khususnya ketika perjalanan jauh bersama keluarga.

Emory Qi menambah bahawa kempen itu mencerminkan komitmen SAIC Motor Malaysia untuk mengeratkan hubungan dengan pelanggan serta menghargai sokongan komuniti MG yang semakin berkembang.

MGS5 EV Ditawarkan Bermula RM103,900

MGS5 EV merupakan SUV elektrik segmen-B yang ditawarkan dalam dua varian, COM dan LUX, dengan harga bermula RM103,900.

SUV elektrik sepenuhnya itu menggunakan reka bentuk bateri ultra nipis bagi memaksimumkan ruang kabin, selain membantu merendahkan pusat graviti untuk meningkatkan kestabilan pemanduan.

Dari aspek keselamatan, kedua-dua varian dilengkapi tujuh beg udara dan sistem bantuan pemanduan termaju MG Pilot ADAS 2.5.

MGS5 EV turut disertakan jaminan kenderaan selama tujuh tahun atau 150,000 km, serta jaminan pek bateri selama lapan tahun atau 180,000 km, mengikut mana-mana yang tiba dahulu.

Bagi pembeli baharu, MG Motor Malaysia menawarkan rebat RM3,000 untuk varian COM dan RM11,000 bagi varian LUX. Pembeli juga akan menerima pengecas dinding EV untuk kegunaan di rumah secara percuma.

Orang ramai yang berminat untuk membuat tempahan atau menjalani pandu uji MGS5 EV boleh mengunjungi bilik pameran MG Motor terdekat atau melayari laman web rasmi MG Motor Malaysia.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives