KTM Malaysia: Pelancaran Barisan Siri KTM 990 RC R & KTM 1390 Super Adventure – Harga Bermula RM113,000

KUALA LUMPUR, 23 Oktober 2026 – KTM Malaysia, menerusi pengimport dan pengedar rasminya, Eurotech Group (ETG), secara rasminya melancarkan empat model generasi baharu yang paling dinanti-nantikan untuk segmen Supersport dan Adventure.

Barisan model mercu tanda ini membawa teknologi canggih serta prestasi tahap tertinggi buat peminat jentera dua roda di Malaysia yang inginkan keupayaan tanpa kompromi.

Senarai Model & Harga Jualan Rasmi (BSP)

Setiap jualan didatangkan secara standard dengan Waranti Tanpa Had Perbatuan Selama 4 Tahun:

  • KTM 990 RC R: RM 113,000*
  • KTM 1390 Super Adventure S: RM 144,000*
  • KTM 1390 Super Adventure R: RM 146,500*
  • KTM 1390 Super Adventure S Evo: RM 153,000*

Gambaran Ringkas Model

1. KTM 990 RC R – Supersport Boleh Ditunggang Di Jalan Raya

Dibina khas dengan DNA inspirasi jentera KTM RC 16 MotoGP, model ini menampilkan reka bentuk aerodinamik dengan winglets terintegrasi yang mampu menghasilkan daya downforce sehingga 14.4 kg pada kelajuan 252 km/j.

  • Enjin: 947 cc LC8c Parallel-Twin
  • Kuasa: 127.84 PS & Tork 103 Nm
  • Ciri-ciri Utama: Skrin sentuh TFT 8.88 inci baharu, angkup brek Brembo HyPure 4-Piston, suspensi WP APEX boleh laras sepenuhnya, Cornering ABS dengan 4 mod ABS, dan 6D IMU Electronics.
  • Selang Penyelenggaraan Valve Clearance: 30,000 km (berbanding 15,000 km sebelum ini).

2. KTM 1390 Super Adventure S – Raja Jelajah Kelajuan Tinggi

Direka untuk keselesaan pemanduan jarak jauh dan prestasi permukaan tar serta jalan berkerikil.

  • Enjin: 1,350 cc V-twin (173 PS / 145 Nm Tork)
  • Ciri-ciri Utama: Teknologi Suspensi WP Semi-Active (SAT), cermin penghalang angin (windshield) boleh laras (+15 mm), skrin sentuh TFT ‘Portrait’ 8-inci dengan navigasi peta offline.
  • Selang Penyelenggaraan Valve Clearance: 60,000 km.

3. KTM 1390 Super Adventure R – Jentera Off-Road Kategori Berat

Dikhaskan untuk penggemar laluan lasak (off-road) yang mencabar.

  • Ciri-ciri Utama: Suspensi WP XPLOR, skrin penghalang angin bersaiz pendek (off-road focused), tempat duduk single-unit, serta rim jejari tiubles 21″ depan & 18″ belakang yang dibalut tayar knobby lasak.

4. KTM 1390 Super Adventure S Evo – Teknologi Kemuncak Flagship

Model penanda aras tertinggi yang menggabungkan keselesaan touring dan teknologi canggih.

  • Ciri-ciri Utama: Menggunakan Automated Manual Transmission (AMT) buat kali pertama bagi jentera KTM (membolehkan penukaran gear manual tanpa klac atau automatik sepenuhnya), Adaptive Cruise Control (ACC) berasaskan sensor radar Bosch Generasi ke-5, dan suspensi WP Semi-Active.

Kenyataan Rasmi Eurotech Group (ETG)

“Di KTM Malaysia, kami tidak pernah berhenti melepasi batasan. Pasaran Malaysia inginkan jentera yang bukan sahaja berprestasi tinggi tetapi juga dilengkapi teknologi terkini. Menerusi barisan flagship baharu ini, kami terus membakar semangat READY TO RACE,” kata En. Goi Seong Keng, Ketua Pemasaran & Pengalaman Pelanggan ETG.

Untuk maklumat lanjut mengenai jentera baharu ini, layari laman web rasmi di ktmmalaysia.com/discover-our-dealers/ atau kunjungi pengedar sah KTM berdekatan.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives