
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mencuri perhatian apabila menduduki tempat pertama dalam senarai Grand Prix Formula 1 (F1) 2026 dengan penilaian penonton tertinggi, berdasarkan grafik yang tular, dengan purata rating 3.68 daripada 5 mata.
Sepang mengatasi Litar Barcelona di Sepanyol yang meraih 3.52 mata, diikuti Red Bull Ring, Austria (3.41), Monza, Itali (3.35) dan Shanghai, China (3.34) untuk melengkapkan kelompok lima teratas.
Selain itu, kerinduan peminat terhadap aksi jentera Formula 1 (F1) di Litar Antarabangsa Sepang selepas hampir sedekad tanpa perlumbaan F1 di Malaysia mungkin turut mempengaruhi penilaian tersebut. Ia sekali gus mencerminkan keterujaan peminat untuk kembali menyaksikan jentera terpantas dunia beraksi di litar ikonik negara.
Keputusan ini meletakkan Sepang di hadapan beberapa litar ikonik dunia, termasuk Suzuka, Silverstone dan Monaco, sekali gus mencetuskan perbincangan mengenai pengalaman penonton serta daya tarikan litar Malaysia dalam kalangan peminat sukan permotoran.
Teruskan Bersama Four Wheels..!