Kemenangan Fazli Sham Tidak Kekal Lama

Wandi

Perlumbaan Malaysian Cub Prix kategori Pro-Am semalam menjadi antara saingan yang mencuri perhatian ramai, khususnya dengan kemunculan semula lagenda perlumbaan tempatan, Fazli Sham, di Litar Antarabangsa Sepang.

Kepulangan Fazli Sham ke arena perlumbaan nyata bukan sekadar untuk melengkapkan saingan. Beliau berjaya menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan aksi yang cukup meyakinkan, sekali gus membuktikan bahawa slogan otai masih berbisa bukan sekadar ungkapan. Dominasinya sepanjang perlumbaan di litar yang cukup dikenalinya itu memperlihatkan bahawa pengalaman dan kemahiran masih menjadi kelebihan besar dalam menghadapi pelumba pelumba yang lebih muda.

Bagaimanapun, kegembiraan tersebut tidak bertahan lama apabila kemenangannya ditarik balik selepas sesi penyampaian hadiah selesai. Keputusan itu dibuat susulan pemeriksaan teknikal pihak penganjur yang mendapati komponen klac yang digunakan pada motosikalnya tidak mendapat kelulusan yang ditetapkan.

Walaupun berdepan situasi tersebut, Fazli Sham tetap mengambil sisi positif daripada penampilannya. Prestasi yang ditunjukkan di Sepang menjadi bukti bahawa beliau masih memiliki kemampuan untuk memberikan saingan sengit kepada pelumba pelumba muda.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives