
Aruba.it Racing Ducati melakar sejarah luar biasa dalam Kejuaraan Dunia Superbike WorldSBK 2026 apabila menamatkan musim dengan kemenangan dalam kesemua 36 perlumbaan. Rekod kemenangan 100 peratus ini menjadikan mereka pasukan pertama dalam sejarah WorldSBK yang berjaya mencapai pencapaian sedemikian.
Kejayaan bersejarah ini terhasil menerusi gandingan Nicolo Bulega dan Iker Lecuona. Bulega menyumbang 32 kemenangan, manakala Lecuona melengkapkan empat kemenangan lagi. Kedua duanya membuktikan kekuatan pasukan ini bukan bergantung kepada seorang pelumba semata mata, sebaliknya hasil gabungan kemampuan individu, jentera kompetitif dan operasi pasukan yang mantap.
Lebih mengagumkan, Bulega turut mencatat rekod baharu dengan 32 kemenangan dalam satu musim. Lecuona pula membuktikan keupayaannya selepas berhijrah daripada Honda apabila berjaya menyesuaikan diri dan mencipta kemenangan bersama pasukan baharunya.
Kejayaan Aruba.it Racing Ducati membawa makna yang lebih besar daripada sekadar kejuaraan. Mereka membuktikan kemampuan mengurus dua pelumba yang sama sama mampu menyumbang kemenangan pada tahap tertinggi.