MKA Group Anjur Jualan Gudang Alat Ganti Motosikal, Tawarkan Diskaun Khas Buat Delivery Rider!

MKA Group mengambil inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi penganjuran Jualan Gudang Alat Ganti Motosikal dengan menawarkan diskaun tambahan khas buat golongan delivery rider.

Tawaran ini merangkumi pelbagai barangan serta alat ganti daripada jenama terkemuka di bawah naungan syarikat seperti RCB, UMA Racing, dan Solfili.

Inisiatif ini dirangka khas bagi membantu meringankan beban kos penyelenggaraan jentera buat para penghantar makanan dan barangan yang menjadikan motosikal sebagai sumber pendapatan utama harian mereka.

Diskaun Tambahan Buat Penghantar Perkhidmatan ‘Delivery’

Rider daripada pelbagai platform perkhidmatan penghantaran seperti Grab, ShopeeFood, foodpanda, Lalamove, J&T, serta platform berkaitan lain berpeluang menikmati diskaun khas tambahan daripada harga diskaun jualan gudang sedia ada.

Antara barangan dan keperluan motosikal terpilih yang ditawarkan termasuk:

  • Sistem Brek (Brake pad, disc rotor, master cylinder, dll.)
  • Tayar
  • Minyak Pelincir Enjin
  • Aksesori dan Komponen Enjin / Prestasi

Walau bagaimanapun, kuantiti produk pada harga promosi tambahan ini adalah terhad setiap hari dan bergantung kepada stok yang sedia ada. Untuk menikmati tawaran ini, rider hanya perlu mengemukakan:

  1. Kad pengenalan diri.
  2. Paparan aplikasi perkhidmatan atau bukti pendaftaran sah sebagai delivery rider.

Komitmen MKA Group Bantu Komuniti

Mengulas mengenai inisiatif berkenaan, Pengurus Besar Jenama RCB, Marcus Leong menyatakan bahawa program ini merupakan pendekatan terus pihak syarikat dalam memberi manfaat nyata kepada komuniti penghantar perkhidmatan tempatan.

“Kami memahami bahawa motosikal merupakan aset penting kepada delivery rider dalam membuat penghantaran kerana ia merupakan sebahagian daripada keperluan utama untuk menjana pendapatan.”

“Melalui inisiatif ini, kami berharap dapat membantu mereka mendapatkan produk motosikal yang diperlukan pada harga lebih berpatutan, sekali gus mengurangkan sedikit beban kos penyelenggaraan harian,” kata beliau.

Diskaun Sehingga 80% Turut Terbuka Kepada Orang Ramai

Selain promosi khas untuk delivery rider, jualan gudang ini turut dibuka kepada orang ramai yang ingin mendapatkan alat ganti dan aksesori motosikal pada harga kilang dengan diskaun sehingga 80 peratus (80%).

Orang ramai dan delivery rider yang berminat dinasihatkan untuk hadir lebih awal kerana tawaran diberikan berasaskan konsep siapa cepat, dia dapat (first-come, first-served).

Maklumat Acara Jualan Gudang MKA Group:

PerkaraButiran
Tarikh4 hingga 6 September 2026 (Jumaat – Ahad)
Masa9.00 pagi – 6.00 petang
LokasiHQ MKA Group, Puchong, Selangor
Jenama TerlibatRCB, UMA Racing, Solfili
Tawaran UtamaDiskaun umum sehingga 80% + Diskaun Tambahan untuk Delivery Rider
Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives