Voge Racing Team Giat Persiapkan Jentera Menjelang Perlumbaan Malam

Mohd Osman

Selepas berehat panjang daripada perlumbaan, Voge Racing Team kini kembali memberikan fokus sepenuhnya kepada persiapan pasukan menjelang aksi perlumbaan minggu ini.

Menurut Principal Voge Racing Team, Azlan Shah, pasukan tidak mengambil mudah tempoh rehat tersebut apabila terus menjalankan beberapa sesi ujian di Tangkak dan Sepang bagi mendapatkan tetapan terbaik untuk jentera yang bakal digunakan, khususnya dari aspek sistem suspensi.

“Team memang giat buat testing di Tangkak dan Sepang beberapa kali untuk mencari setup suspension yang baik untuk Lyl,” jelas Azlan.

Dalam masa sama, pelumba baharu pasukan, Akid Aziz, turut menjalani beberapa sesi ujian bagi membiasakan dirinya dengan jentera Voge serta mendapatkan lebih banyak masa di atas litar.

Azlan mengakui masih terlalu awal untuk meletakkan sasaran tinggi terhadap Akid memandangkan ini merupakan fasa awal proses penyesuaian pelumba tersebut bersama pasukan dan jentera baharu.

“Akid pun banyak testing untuk biasakan diri. Masih terlalu awal untuk Akid bagi kita results, tapi saya yakin masa race nanti dia akan improve,” katanya.

Menariknya, perlumbaan minggu ini turut bakal berlangsung pada waktu malam buat pertama kali, sekali gus memberikan pengalaman berbeza kepada pasukan, pelumba serta jentera.

Bagi Azlan, sukar untuk menjangkakan bagaimana keadaan perlumbaan malam tersebut akan berlangsung, namun beliau berharap semuanya berjalan dengan baik.

“Race malam tak tahu nak cakaplah. Hopefully best” ujar Azlan.

Dengan beberapa sesi ujian telah dilakukan serta Akid semakin membiasakan diri dengan jentera Voge, Voge Racing Team kini bersedia untuk kembali beraksi dan melihat sejauh mana persiapan mereka dapat diterjemahkan di atas litar.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives