Fabio Quartararo Hanya Boleh Buka Throttle 70% Sahaja

Wandi

Fabio Quartararo sebenarnya memasuki Grand Prix Jepun dengan pace yang cukup meyakinkan. Pada Jumaat, pelumba Monster Energy Yamaha itu mencatat masa ketujuh terpantas dalam Practice, hanya 0.419 saat di belakang pendahulu, sekali gus menunjukkan YZR-M1 mampu berada dalam kelompok persaingan.

Namun potensi itu tidak dapat diterjemahkan dalam perlumbaan. Bermula lap ketujuh, Quartararo mula berdepan masalah penggunaan bahan api dan terpaksa menguruskan throttle dengan begitu ketat sehingga menjejaskan kelajuannya di beberapa bahagian litar.

Situasi itu begitu serius sehingga Quartararo terpaksa membuka throttle sekitar 70 peratus sahaja dari Turn 2 ke Turn 3, termasuk di laluan lurus belakang dan juga laluan utama. Dalam keadaan normal, bahagian-bahagian tersebut sepatutnya menjadi kawasan untuk membuka throttle sepenuhnya dan membina kelajuan sebelum membrek.

Lebih mengecewakan, masalah itu muncul ketika perlumbaan masih terlalu awal. Ketika berada berhampiran Brad Binder dan menggunakan slipstream, Quartararo masih terpaksa mengurangkan throttle bagi mengawal penggunaan bahan api. Akibatnya, dia kehilangan momentum dan sukar untuk mengekalkan kedudukan dalam kelompok tersebut.

Quartararo akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat ke-12. Namun keputusan itu tidak sepenuhnya menggambarkan pace sebenar yang dimilikinya di Motegi. Dengan tunggangan yang tidak dapat dieksploitasi sepenuhnya sejak lap ketujuh, Quartararo percaya dia sebenarnya mempunyai peluang untuk berada di hadapan Binder dan Luca Marini.

Bagi Yamaha, ini menjadi satu lagi perlumbaan yang menunjukkan mereka memiliki kelajuan untuk bersaing, tetapi masalah penggunaan bahan api dan pengurusan enjin akhirnya memaksa Quartararo membayar harga yang mahal.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives