RS Megatech Honda Bersedia Hadapi Tiga Pusingan Terakhir, Mahu Kembali Bina Momentum Kemenangan

Mohd Osman

RS Megatech Honda kini bersedia untuk kembali beraksi selepas tempoh rehat yang panjang, dengan pasukan bakal menghadapi tiga pusingan terakhir musim ini.

Menurut Pengurus Pasukan RS Megatech Honda, Ikmal Manaf, pasukan kini memberikan fokus kepada persediaan jentera, khususnya dalam mencari pelarasan terbaik bagi menghadapi perlumbaan yang bakal berlangsung pada waktu malam.

Menariknya, perlumbaan malam kali ini turut memberikan cabaran baharu kepada semua pasukan apabila data perlumbaan pada waktu malam masih belum dimiliki.

“Kami akan cuba pelarasan yang terbaik. Semua pasukan tak ada data race malam, jadi RS Megatech akan cuba buat yang terbaik,” jelas Ikmal.

Dari segi persediaan pelumba pula, tempoh rehat perlumbaan tidak bermakna para rider berehat sepenuhnya. Menurut Ikmal, kesemua pelumba pasukan mempunyai jadual yang padat sepanjang tempoh tersebut bagi memastikan mereka kekal bersedia dari segi fizikal dan mental.

“Walaupun dah cuti lama, semua rider dah ada jadual yang padat selama ni dan diorang kini bersedia untuk hadapi tiga pusingan lagi,” katanya.

Dengan hanya tiga pusingan berbaki, RS Megatech Honda turut memasang sasaran untuk kembali mendapatkan momentum kemenangan dan memperbaiki kedudukan mereka dalam persaingan.

“Target kami, kami akan cuba dapatkan momentum kemenangan dan kembali berada di hadapan,” ujar Ikmal.

Dengan persaingan yang semakin menuju ke penghujung musim, tiga pusingan terakhir pastinya menjadi penting buat RS Megatech Honda untuk meneruskan cabaran dalam kelas CP125 dan Wira, lebih-lebih lagi dengan format perlumbaan malam yang bakal menguji strategi serta pelarasan setiap pasukan.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives