
Pecco Bagnaia sudah melihat kemungkinan hard rear tyre menjadi pilihan penting di Motegi, tetapi keputusan yang dibuat pasukan menyebabkan tayar itu tidak diuji lebih awal.
Michelin membawa hard dengan casing khas ke Motegi kerana litar tersebut menggunakan permukaan asfalt baharu. Namun tayar itu terus dilabel sebagai pilihan backup dan tidak digunakan langsung sepanjang Jumaat serta Sabtu.
Malah, Pecco mendedahkan bahawa pada FP1 memang sudah ada pertimbangan untuk mencuba hard, tetapi akhirnya keputusan dibuat untuk meneruskan ujian dengan tayar lain. Selepas Sprint, apabila tayar soft mengalami kerosakan teruk, barulah hard diberi perhatian serius.
Pada malam Sabtu, Pecco bersama pasukannya menjadi antara pihak yang paling kuat mendesak supaya hard dicuba. Peluang itu akhirnya diberikan dalam Warm Up Ahad yang dipanjangkan kepada 20 minit, dan keputusan tersebut terus mengubah gambaran.
Hard yang sebelumnya dianggap sekadar tayar simpanan ternyata menjadi pilihan utama untuk perlumbaan, malah digunakan oleh seluruh grid.
Pecco sendiri mengambil sebahagian daripada kesalahan itu, tetapi situasi ini jelas menunjukkan satu perkara. Dalam MotoGP, keputusan strategi perlu memberi ruang kepada pandangan pelumba yang berada di atas jentera.
Di Motegi, peluang mengumpul data tentang hard sudah ada sejak awal. Tetapi keputusan kolektif untuk tidak menggunakannya membuatkan Ducati dan pelumba kehilangan masa yang akhirnya sangat berharga.
