
Menjelang perlumbaan Formula 1 Singapore Grand Prix 2026, PUMA memperkenalkan koleksi teamwear khas McLaren Mastercard F1 Team yang direka sempena perlumbaan malam di Marina Bay Street Circuit.
Koleksi edisi khas ini mengetengahkan identiti McLaren melalui rekaan berwarna biru gelap yang dipadukan dengan kemasan oren, selain menampilkan motif flora dan dedaunan, elemen geometri serta corak hiasan tradisional pada permukaan jersi.
Susunan corak tersebut memberikan jersi penampilan yang berbeza berbanding teamwear McLaren biasa, dengan elemen hiasan yang menjadikan koleksi ini lebih dekat dengan suasana dan karakter GP Singapura.
Selain menampilkan logo PUMA dan McLaren Mastercard F1 Team, jersi berkenaan turut dihiasi logo penaja pasukan seperti Mastercard, Android, Dell Technologies, Cisco dan DP World, melengkapkan penampilan rasmi jentera McLaren di luar litar.
Koleksi ini menggabungkan elemen motorsport dengan gaya pakaian harian, sekali gus memberikan pilihan kepada peminat McLaren untuk membawa identiti pasukan ketika berada di Marina Bay mahupun di luar acara perlumbaan.
Singapore Grand Prix pula dikenali sebagai salah satu acara unik dalam kalendar Formula 1, dengan perlumbaan berlangsung pada waktu malam berlatarbelakangkan suasana bandar Singapura.
Teruskan Bersama Four Wheels..!













Polo (RM449.00: https://my.puma.com/my/en/pd/mclaren-mastercard-f1-team-replica-singapore-drivers-polo-men/714444.html?dwvar_714444_color=01
Roundneck (RM449.00): https://my.puma.com/my/en/pd/mclaren-mastercard-f1-team-replica-singapore-drivers-tee-men/714262.html?dwvar_714262_color=01
Topi (RM199.00)-
Lando Norris: https://my.puma.com/my/en/pd/mclaren-mastercard-f1-team-replica-singapore-norris-cap/028101.html?dwvar_028101_color=01
Oscar Piastri: https://my.puma.com/my/en/pd/mclaren-mastercard-f1-team-replica-singapore-piastri-cap/028102.html?dwvar_028102_color=01
