PETRONAS bersama Honda HRC di MXGP

Mohd Osman

Kejutan besar dalam dunia motocross dunia apabila PETRONAS diumumkan sebagai penaja pasukan Honda HRC bagi kempen Motocross World Championship musim 2026. Langkah ini menandakan kemasukan rasmi jenama tenaga global dari Malaysia itu ke platform perlumbaan off-road paling berprestij di dunia.

Pasukan Honda HRC PETRONAS akan dibarisi nama besar seperti Jeffrey Herlings, Tom Vialle dan Ruben Fernandez dalam kelas MXGP, manakala Valerio Lata beraksi dalam kategori MX2. Gabungan pelumba berprofil tinggi ini menjadikan projek ini bukan sekadar penajaan biasa, tetapi satu usaha serius untuk memburu kejuaraan dunia.

Penglibatan PETRONAS juga dilihat sebagai strategi memperluaskan jenama mereka dalam sukan dua roda di luar MotoGP, selain membuka peluang pemasaran global di pasaran Eropah, Amerika Selatan dan Australia iaitu kawasan yang mempunyai komuniti motocross yang sangat besar.

Dari sudut positif, langkah ini jelas menunjukkan PETRONAS sudah mula memperkukuh kehadiran dalam dunia dua roda secara lebih menyeluruh. Namun persoalannya, adakah impaknya akan terus dirasai di Malaysia?

Ini kerana fokus peminat tempatan ketika ini lebih tertumpu kepada perlumbaan litar, khususnya perkembangan pelumba muda sensasi Hakim Danish yang sedang mencipta nama di pentas antarabangsa dan memerlukan sokongan besar daripada penaja tempatan.

Situasi ini menimbulkan perbincangan menarik, sama ada penglibatan PETRONAS dalam MXGP mampu memberi limpahan manfaat kepada pembangunan sukan dua roda di Malaysia, atau ia sekadar strategi global tanpa impak langsung kepada bakat tempatan.

Teruskan Bersama Two Wheels!

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Search

Archives