Zontes Bocor Tiga Model Baharu, Ada Skuter 175 Bawah RM10,000

KUALA LUMPUR, 1 Oktober 2026 – Zontes memberi kejutan menerusi acara ETG Media Appreciation Night apabila membocorkan tiga model baharu yang bakal diperkenalkan di Malaysia.

Menerusi paparan teaser, tiga model tersebut ialah Zontes 175, Zontes 552 dan Zontes 703, masing-masing hadir dalam bentuk skuter, maxi scooter dan motosikal adventure.

1. Zontes 175 – Skuter Bawah RM10,000

Antara yang paling mencuri perhatian ialah Zontes 175, sebuah skuter dengan reka bentuk sporty.
Lebih menarik, paparan ketika acara tersebut jelas menunjukkan tanda harga “UNDER RM10,000”.
Bagaimanapun, harga rasmi serta spesifikasi lengkap model ini masih belum diumumkan.

2. Zontes 552 – Maxi Scooter

Seterusnya ialah Zontes 552, yang diperlihatkan sebagai sebuah maxi scooter.
Berdasarkan siluet yang dipaparkan, model ini mempunyai windshield, bar hendal terbuka dan rak di bahagian belakang.
Selain reka bentuk tersebut, Zontes masih belum berkongsi butiran lanjut mengenai spesifikasi dan harga 552.

3. Zontes 703 – Model Adventure

Model terakhir ialah Zontes 703, yang tampil dengan reka bentuk motosikal adventure.
Antara elemen yang dapat dilihat ialah windshield tinggi, badan yang lebih besar serta roda jenis jejari (spoke wheels).
Butiran seperti spesifikasi enjin, kelengkapan, harga dan tarikh pelancaran masih belum didedahkan.

Tiga Model Baharu Zontes

Kemunculan 175, 552 dan 703 memberikan gambaran bahawa Zontes bakal menambah pilihan baharu dalam barisan produknya di Malaysia.

Ketiga-tiga model ini kini diperkenalkan sebagai “Coming Soon” di bawah rangkaian ETG (Euro Tech Group), yang turut menaungi jenama seperti KTM, Husqvarna dan GasGas.

Buat masa ini, tanda harga bawah RM10,000 untuk Zontes 175 menjadi antara maklumat utama yang didedahkan, manakala maklumat lanjut mengenai ketiga-tiga model masih perlu ditunggu.

Jadi, model mana satu yang paling anda nantikan?

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives